PAPAR, SABAH – Seorang pesara kerajaan di sini menjadi mangsa Macau Scam sekaligus kehilangqn RM 352,050.
Mangsa wnaita berumur 62 tahun itu terpedaya dengan taktik penipu yang menyamar sebagai pegawai bank pada Rabu minggu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Papar, DSP Kamaruddin Ambo Sakka berkata, mangsa terdahulu menerima SMS yang mendakwa beliau telah membuat pembelian dalam talian.
“Mangsa kemudian menghubungi nombor telefon yang disertakan dan kemudian mengkongsikan semua maklumat akaun banknya bersama nombor kod pengesahan transaksi (TAC).
“Mangsa menyedari wang dalam akaun bank telah dipindahkan ke dalam akaun ‘Scammer’ tiga hari selepas itu,” katanya…
Tambah Kamaruddin, mangsa membuat laporan polis pada Selasa manakala siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Kesekaan kerana menipu.
“Orang ramai dinasihati supaya mengelakkan daripada menjawab panggilan telefon dan melayan sebarang bentuk SMS dari pihak yang tidak dikenali yang menyamar dari mana-mana jabatan kerajaan atau organisasi,” tegasnya.