PENAMPANG, SABAH – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah ini menangkap seorang warga asing dan merampas dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1,000 pada Khamis semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Erwansyah Abdul Basir, suspek berkenaan dicekup dalam satu operasi di sebuah rumah tanpa nombor di sini sekitar jam satu petang.
“Pemeriksaan ke atas saspek berusia 28 tahun di tempat kejadian menemui satu peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenih syabu seberat 6.59 gram.
“Hasil pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati saspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” katanya dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 39a (1) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.






