Taufan Harvey Punca Kilang Bahan Kimia Terbakar

Taufan Harvey Punca Kilang Bahan Kimia Terbakar

0
SHARE

HOUSTON – Sebuah kilang di Texas terbakar akibat Taufan Harvey hingga kelihatan kepulan asap hitam di udara, lapor televisyen tempatan.

Beberapa pegawai kilang di Arkema, Crosby timur laut Houston terpaksa meninggalkan bahan kimia dalam sembilan kontena bersaiz trak selepas taufan, menyebabkan bekalan elektrik terputus hingga menjejaskan fungsi bahan penyejuk yang digunakan untuk membuat plastik dan bahan lain.

Pekerja di kilang itu berkata, ia adalah kejadian yang sudah dijangka.

“Langkah berjaga-jaga sudah diambil dan seluruh kawasan sudah dikosongkan, tiada sesiapa berada di kawasan ini,” katanya.

Kontena pertama mula terbakar pada jam 9 malam waktu tempatan pada Rabu lalu hingga kelmarin. Ia memaksa pemindahan ratusan penduduk pada jarak 2.4 kilometer dari kawasan kilang.