PENAMPANG: Seorang lelaki warga asing berusia 41 tahun maut dalam kemalangan yang melibatkan sebuah kereta dan motosikal di laluan pembinaan Jalan Pan Borneo, Kampung Kiranau.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.20 malam apabila seorang wanita tempatan berusia 26 tahun hilang kawalan ke atas kenderaannya lalu merempuh motosikal yang berada di laluan sama menghala ke Kota Kinabalu.
“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan,” katanya sambil memaklumkan bahawa mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat.
Wanita terbabit telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis menyeru saksi kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Insp. Saparia Ladoni di talian 019-8095133.






