KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Kastam merampas rokok seludup bernilai RM4.03 juta serta cukai daripada sebuah rumah di Luyang di sini pada Rabu.
Penguatkuasa daerah ini dengan sokongan pasukan Tindak Balas Pasukan Pertempuran Operasi Kastam (COBRA) menemui 5.98 juta batang rokok dalam serbuan jam tujuh malam itu.
Timbalan Pengarah Kastam Diraja Malaysia Sabah Mohd Nasir Deraman berkata seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
“Modus operandi bagi kes ini adalah menyembunyikan baranga seludup di rumah yang digunakan sebagai stor bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya pada sidang media hari ini.
Dalam pada itu, beliau menggesa orang awam agar terus menjadi mata dan telinga kepada pihak kastam.
“Aktivi jenayah meyeludup bukan sahaja merugikan tetapi mengancam keselamatan negara,” tegasnya.