Mahathir, Anwar Kini Menuai Apa Yang Ditanam Di Sabah Pada tahun 1994...

Mahathir, Anwar Kini Menuai Apa Yang Ditanam Di Sabah Pada tahun 1994 – Herbert

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tragedi pencabulan kesucian Perlembagaan Sabah pada tahun 1994 yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammed dan pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu kini berulang di peringkat persekutuan.

Putaran kerja dua tahun Ketua Menteri Sabah yang dirumus Mahathir dan Anwar juga dilihat berulang kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PBS Kadamaian Datuk Herbert Timbun Lagadan.

“Namun perkara itu juga yang ditawarkan oleh Perdana Menteri ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada blok pembangkang tetapi pihak Pembangkang menolak tawaran itu, dan Muhyiddin mengundurkan diri dari jawatan itu pada 16 Ogos 2021…

“Ironinya ialah selepas Pilihan Raya Umum ke-14, negara sekarang telah melihat tiga perdana menteri yang berbeza memegang pejabat kurang dari dua tahun.

“Ia bermula dengan Mahathir, diikuti oleh Muhyiddin, dan sekarang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Anwar seolah-olah ketinggalan perahu pada setiap pusingan,” katanya.

Herbert tertanya adakah Mahathir dan Anwar menuai apa yang telah mereka taburkan di Sabah yang mengakibatkan kejatuhan pemerintah PBS pada tahun 1994.

Datuk Herbert Timbun Lagadan…

“Adakah kita sebagai rakyat Malaysia gembira dengan kemelut politik yang kita alami sekarang?

“Rakyat Sabah telah merasai pil pengalaman pahit pada tahun 1994, dan sekarang rakyat Malaysia di Semenanjung juga merasakannya.

“Mungkin pencabulan kesucian Perlembagaan Sabah pada tahun 1994 adalah percubaan Mahathir yang telah menjadi sel barah yang kini menyerang kerajaan persekutuan Malaysia?,” soalnya.