Anggota Bomba Maut Langgar Kerbau

Anggota Bomba Maut Langgar Kerbau

0
SHARE
Bomba
Mohd Haziq Abdul Jalil ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KUALA PENYU, SABAH – Seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kimanis maut selepas melanggar seekor kerbau ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja pada malam Jumaat.

Pegawai Bomba Mohd Haziq Abdul Jalil, 32, menunggang motosikal jenis Yamaha LC dalam kejadian 8.40 malam itu.

Beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam yang seterusnya menghubungi ambulans.

Walau bagaimanapun, Mohd Haziq disahkan meniggal dunia di Hospital Kuala Penyu akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan pada pukul 11.30 malam.

Arwah turut meninggalkan seorang isteri Johanita Saprin berusia 32 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Mohd Johainin Ruslan berkata, arwah bertugas di di bahagian operasi dan ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tidong selepas menghabiskan syif pagi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata siasatan masih diteruskan termasuk mengesan saksi bebas.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.