KUALA LUMPUR: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan isu-isu semasa di sini, hari ini.
Antara Ahli Parlimen yang menghadiri pertemuan itu ialah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, serta Datuk Lo Su Fui (Tawau), yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Turut hadir Datuk Ewon Benedick (Penampang), Datuk Wilfred Madius Tangau (Tuaran), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Datuk Jonathan Yasin (Ranau), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Kalabakan), Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi) dan Riduan Rubin (Tenom).
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman.






