PRU Sabah: UPKO Tanding 25 Kerusi, Ewon Pertahan Kadamaian

PRU Sabah: UPKO Tanding 25 Kerusi, Ewon Pertahan Kadamaian

0
SHARE

PENAMPANG: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-17, demikian diumumkan Presidennya, Datuk Ewon Benedick, hari ini.

Ewon, yang turut mempertahankan kerusi DUN Kadamaian, berkata beliau akan mengetuai kesemua calon UPKO dengan membawa agenda perjuangan berasaskan prinsip Sabah First, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak-hak Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya akan memimpin calon-calon UPKO ini untuk memperjuangkan manifesto dan agenda Sabah First, serta memastikan setiap calon mempunyai petunjuk prestasi dan tanda aras kepimpinan yang jelas demi kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ewon turut menegaskan komitmen UPKO untuk memperjuangkan pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah, selaras keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Katanya, pembayaran semula hasil itu amat penting untuk membangunkan infrastruktur, ameniti, ekonomi, keusahawanan, serta membasmi kemiskinan secara lebih berkesan.

Beliau menyeru seluruh pengundi Sabah agar bersama agenda #SabahFirst dan memberi mandat kepada calon-calon UPKO bagi memastikan suara rakyat terus diperjuangkan di peringkat negeri.

Senarai Calon UPKO PRN-17 (25 Kerusi):

1. N.02 Bengkoka – Junsim Bin Rumunzing

2. N.06 Bandau – Suzie Binti Salapan

3. N.07 Tandek – Jamil Bin M. Zakariah @ Majingkin

4. N.11 Kadamaian – Ewon Benedick

5. N.14 Tamparuli – Madius Bin Tangau

6. N.15 Kiulu – Joisin Bin Romut

7. N.18 Inanam – Wong Thien Fook

8. N.22 Tanjung Aru – Dennison R Indang

9. N.23 Petagas – Lee Nyuk Soon @ Jason Lee

10. N.24 Tanjung Keramat – Rosday Bin Wasli

11. N.25 Kapayan – Billy Joe Dominic

12. N.26 Moyog – Donald Peter Mojuntin

13. N.27 Limbahau – Nelson W Angang

14. N.31 Membakut – Rowindy Lawrence Odong

15. N.36 Kundasang – Rogers Tiam @ Aloysius

16. N.37 Karanaan – Georgina L George

17. N.40 Bingkor – Kennedy Jie John @ Kenn

18. N.41 Liawan – Wilson Gan Poi Tze

19. N.42 Melalap – Junik Bin Bajit

20. N.44 Tulid – Mohd Khairil Abdullah

21. N.46 Nabawan – Junilin @ Jubilin Bin Kilan

22. N.47 Telupid – Felix Joseph Saang

23. N.49 Labuk – Norfadzlina Binti Ramsah

24. N.50 Gum-Gum – Peter Jr Naintin

25. N.57 Kuamut – Mohina Binti Sidom @ Mohina Ronnie Sidom

UPKO dalam kenyataan sama turut menyeru rakyat Sabah agar memberikan sokongan kepada barisan calon yang diketengahkan, demi masa depan dan pembangunan negeri.