Feby Putri Kembali Gegarkan ZeppKL dengan Konsert “Hitam Putih” 19 Julai Ini

Feby Putri Kembali Gegarkan ZeppKL dengan Konsert “Hitam Putih” 19 Julai Ini

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun berturut-turut memukau peminat Malaysia dengan persembahan luar biasa, penyanyi dan penulis lagu berbakat besar, Feby Putri, bakal kembali semula ke Zepp Kuala Lumpur menerusi konsert yang dinanti-nantikan “Feby Putri Vol. 3: HITAM PUTIH Live in Kuala Lumpur” pada 19 Julai ini, jam 8:30 malam.

Solois muda kelahiran tahun 2000 ini mula mencuri hati peminat tempatan sejak kemunculan sulungnya di Malaysia pada 2023.

Pada tahun berikutnya, beliau sekali lagi menakluk pentas ZeppKL, dengan peminat mula beratur sejak awal petang bagi mendapatkan tempat terbaik.

Tahun ini, Feby Putri hadir dengan lebih banyak kejutan apabila beliau bakal membawakan gabungan lagu-lagu popular dari album sulungnya “RIUH”, serta karya-karya baharu dari album keduanya “Hitam Putih”, yang menggambarkan perjalanan emosi dan refleksi peribadinya.

“Hitam Putih mencerminkan warna-warni kehidupan yang dialami Feby – manis dan pahit – disampaikan dengan lirik jujur dan aransemen muzik yang cukup ‘Feby’,” menurut kenyataan penganjur.

Kategori Tiket dan Harga: HALU – RM159 (Standing – zon belakang); HITAM PUTIH** – RM189 (Standing – zon hadapan); USIK** – RM209 (Tempat duduk biasa); DIRI** – RM259 (Tempat duduk premium); VIP BOX** – RM359 seorang (untuk 10 pax – termasuk Merch Eksklusif); dan MEET & GREET** – RM179 (Termasuk sesi bertemu & bergambar serta Merch Eksklusif).

Tiket boleh didapati secara dalam talian menerusi laman sesawang rasmi di [www.ilassotickets.com/febyvol3](http://www.ilassotickets.com/febyvol3)

Konsert ini dianjurkan oleh Miebird Projects, dengan produksi oleh Blackcat Asia dan publisiti oleh OPR Network.

Jangan lepaskan peluang eksklusif untuk menyaksikan konsert penuh emosi dan bertenaga daripada Feby Putri, hanya di Zepp Kuala Lumpur – satu pengalaman muzik yang pasti meninggalkan kenangan abadi buat semua peminatnya.