Waspada Perubahan Cuaca – Kamaruddin

Waspada Perubahan Cuaca – Kamaruddin

0
SHARE
Kamaruddin
Ketua Polis Daerah, DSP Kamaruddin Ambo Sakka ( Sumber Foto: Ihsan IPD Papar )

PAPAR, SABAH – Masyarakat di sekitar daerah ini dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca.

Ketua Polis Daerah, Supt Kamaruddin Ambo Sakka berkata fasa peralihan monsun yang berlaku di negara ini memungkinkan kejadian banjir kilat dan sebagainya khususnya di kawasan rendah.

“Kita sekarang berada dalam fasa peralihan monsun Timur Laut yang mana kita percaya jumlah hujan yang kita terima akan bertambah banyak dan menyebabkan kawasan-kawasan rendah dinaiki air.

“Di daerah Papar ini juga tidak terkecuali dan secara tidak langsung akan terkesan dengan fenomena ini.

“Jadi, saya nasihatkan supaya masyarakat terutama di Papar ini supaya sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa memantau keadaan sekitar.

“Tidak perlulah menunggu air masuk ke dalam rumah baru hendak berpindah ke pusat pemindahan, sebaik-baiknya patuhilah arahan yang dikeluarkan oleh pasukan keselamtan dari semasa ke semasa,” jelasnya di sini, pada Sabtu.

Beliau ditemui media pada Program Kayuhan Santai Ibu Pejabat Polis Daerah Papar sempena Sambutan Hari Malaysia yang disertai hampir 1,000 orang. — JABATAN PENERANGAN SABAH