Polis Sabah Keluarkan 31 Kompaun Kepada Individu Langgar SOP PKPP

Polis Sabah Keluarkan 31 Kompaun Kepada Individu Langgar SOP PKPP

0
SHARE
Sumber foto: RTM Sabah...

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 31 kompaun telah dikeluarkan oleh pihak polis di sini dalam Pemantauan Op COVID-19 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika serbuan di tiga (3) premis berasingan sekitar daerah Kota Kinabalu, semalam.

Daripada 31 individu yang dikompaun, seramai 3 pemilik kedai didapati telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, manakala 28 individu lain yang merupakan pelanggan pula tidak mengamalkan penjarakan sosial dan fizikal ketika itu.

Sumber foto: RTM Sabah…
Sumber foto: RTM Sabah…

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji dalam satu kenyataan semalam mengatakan bahawa serbuan dilakukan antara pukul 12.05 tengah malam hingga 3.30-pagi ini telah , pihaknya telah menahan invididu berumur dalam lingkungan 21 hingga 50 tahun.

Sumber foto: RTM Sabah…

Kesemua mereka yang tidak mengamalkan penjarakan fizikal boleh dikompaun bawah Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.7) (No. 2) 2020.