Lancer Evo X Musnah Dalam Kebakaran Rumah Sandakan

Lancer Evo X Musnah Dalam Kebakaran Rumah Sandakan

0
SHARE
Bomba
Bomba sedang memadamkan Kebakaran kereta sport Mitsubishi Evolution X yang musnah dalam kebakaran rumah di Taman TYNG, Batu 6 ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SANDAKAN, SABAH – Sebuah kereta sport Mitsubishi Evolution X musnah dalam kebakaran rumah di Taman TYNG, Batu 6 pada pagi Ahad.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, kenderaan terbabit dianggarkan terbakar sebanyak 80 peratus.

Panggilan kecemasan berhubung kes diterima melalui talian MERS999 pada pukul 8.46 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal berkeluasan 20×100 kaki persegi yang terbakar 20 peratus di bahagian luar rumah dan dapur.

“Operasi pemadaman menggunakan 2 pancutan dari sumber tangki air jentera bomba,” kata seorang jurucakap.

Operasi melibatkan 15 anggota Balai Bomba dan Penyalamat Sandakan itu terkawal pada jam 9.07 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 10.11 pagi.

Harga semasa bagi sebuah Mitsubihi Lancer Evolution X meskipun keluaran tahun 2008 masih mencecah RM300,000 di pasaran.

Ianya merupakan keluaran terakhir ‘Evolution’ bagi barisan sedan Mitsubishi Lancer yang datang dilengkapi dengan sistem turbo dan pacuan empat roda.

Syarikat pengeluar kereta yang pernah mendominasi litar rally itu kini mengubah haluan kepada kenderaan hybrid dan elektrik.