Balai Raya Kampung Mungku Hentian Akhir di Kalabakan

Balai Raya Kampung Mungku Hentian Akhir di Kalabakan

0
SHARE
Kmjg
Unit Konvoi KMJG berlepas menuju Daerah Tawau ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KALABAKAN, SABAH – Hentian terakhir Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2024 dalam daerah Kalabakan ialah di Balai Raya Kampung Kuala Mungku.

Persinggahan ini bagi bersama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan menjayakan Program Jiwa Komuniti Merdeka peringkat pekan Kalabakan sebelum dilepaskan ke Daerah Tawau oleh Pengerusi Madani Pekan Kalabakan, Rosli Kahal.

Siri penjelajahan Konvoi KMJG setakat semalam sudah mencapai 1,070km meliputi 27 hentian setakat 16 Ogos sebelum meneruskan perjalanan ke Daerah Tawau. — JABATAN PENERANGAN SABAH