Pakar Bedah Keluarkan Bom Tangan Hidup Dari Badan Tentera

Pakar Bedah Keluarkan Bom Tangan Hidup Dari Badan Tentera

0
SHARE

UKRAINE – Dalam kejadian menakjubkan sepasukan pakar bedah tentera Ukraine sanggup bertarung nyawa mengeluarkan bom tangan yang masih hidup dari dalam badan seorang tentera Ukraine, baru-baru ini.

Imej sinar-X yang dikeluarkan oleh tentera Ukraine, menunjukkan lokasi tepat bom tangan VOG yang melekat di dada tentera terbabit.

Menurut pegawai di Pejabat Ketua Pertahanan Ukraine, Mejar Jeneral Andrii Verba melakukan pembedahan tanpa menggunakan elektrokoagulasi iaitu kaedah biasa untuk mengawal pendarahan semasa pembedahan kerana risiko “bom tangan tersebut boleh meletup pada bila-bila masa.”

Dalam pada itu dua pakar pemusnah bom bersiap sedia menyahaktifkan bom tersebut sebaik sahaja ia berjaya dikeluarkan dari badan mangsa, menurut laporan angkatan tentera Ukraine.