KALABAKAN, SABAH – SK Kalabakan menjadi destinasi pertama hari ke-9 siri jelajah konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah tahun 2024.
Peserta Konvoi KMJG yang tiba di Dewan Terbuka SK Kalabakan disambut oleh 400 pelajar termasuk guru-guru dengan pengisian acara penyerahan Jalur Gemilang kepada pihak sekolah, bacaan ikrar Rukun Negara.
Seterusnya upacara menandatangani buku Konvoi KMJG oleh Ketua Pegawai Perhubungan, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan, Saripudin Nurhalim mewakili Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy. — JABATAN PENERANGAN SABAH