Majlis Pengebumian Bawa Kepada ‘Kluster Limbawang’ Di Sabah

Majlis Pengebumian Bawa Kepada ‘Kluster Limbawang’ Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan peningkatan 64 kes pada kelmarin (Rabu) yang membawa kepada 242 KES baharu positif COVID-19 dan SATU (1) kematian di Tawau.

Satu kluster juga dikesan di daerah Beaufort yang melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti ekoran majlis pengebumian di Kampung Gelilia Padas Damit pada Ahad lalu.

Jurucakap COVID-19 negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menjelaskan ‘Kluster Limbawang’ melibatkan seorang lelaki berumur 35 tahun dari Kampung Kelabu.

“Beliau disahkan positif di Klinik Kesihatan Padas Damit pada 21 Jun setelah mengalami gejala demam sehari sebelum…

“Saringan kontak rapat masing-masing mendapati empat (4) kes positif dalam kalangan ahli keluarga dan tetamu majlis terbabit.

“Terdapat bukti penularan menerusi kontak sosial yang melibatkan ahli keluarga di empat lokaliti berbeza sekitar mukim Limbawang.

“Daripada 160 kontak yang disaring, 21 individu dikesan positif termasuk dua (2) kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah 30 kes,” katanya.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 30 Jun 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Dalam pada itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Taman Public selama dua minggu bermula 2 Julai ini.

Masidi berkata ini kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 16 ujian saringan dan sembilan (9) daripadanya direkodkan positif COVID-19 dengan kadar positiviti 56.25 peratus.

“Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal serta nasihat KKM,” katanya.