TAWAU, SABAH – Susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat (4) daerah termasuk Tawau di Sabah sehingga 12 Oktober depan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menetapkan hanya seorang ketua keluarga sahaja dibenar keluar dari rumah dalam satu-satu masa bagi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan rumah.
Jelasnya lagi, menerusi sebaran panduan SOP dikeluarkan pihak MKN itu, antara perkara lain yang ditekankan iaitu hanya perniagaan perkhidmatan perlu (essential services) sahaja dibenarkan.
Selain itu, bagi perniagaan restoran, kedai runcit dan kedai serbaneka dan stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi sehingga 6 petang sahaja.
Sementara itu, beliau berkata pembelian makanan hanya dibenarkan menggunakan kaedah pandu lalu, penghantaran (delivery) atau ‘take away’ sahaja.
Jelasnya lagi, MKN turut menetapkan SOP bagi Pasar Harian hanya dibenar beroperasi antara jam 6 pagi hingga 2 petang dan pasar-pasar lain seperti Pasar Tamu, Pasar Malam, Pasar Tani dan Pasar Borong masih tidak dibenarkan beroperasi.
Bagi Klinik dan Hospital Kerajaan dan Swasta dibenarkan beroperasi 24-jam.





