Sesi Persekolahan Tahun Depan Ditetapkan Pada 20 Januari 2021 – Menteri Pendidikan

Sesi Persekolahan Tahun Depan Ditetapkan Pada 20 Januari 2021 – Menteri Pendidikan

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Md Jidin mengumumkan sesi persekolahan bagi tahun depan di seluruh negara ditetapkan pada Rabu, 20 Januari 2021.

Menurut beliau di Dewan Rakyat hari ini, pihak kementerian menetapkan pembukaan persekolahan lebih lewat berdasarkan Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2021.

“Ia bermakna cuti persekolahan bagi 2020 akan diteruskan sehingga 20 Januari 2021…

“Apabila saya mengumumkan cuti dipendekkan untuk 2020, kita merancang sesi persekolahan 2021 perlu dilewatkan,” katanya lagi.

Dr Radzi Md Jidin…

Sekolah dijadual berakhir pada 17 Disember di negeri yang bercuti pada Jumaat dan 18 Disember bagi negeri-negeri lain.

Cuti akhir tahun dikurangkan daripada 42 hari di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah kepada 14 hari dan negeri-negeri lain daripada 41 hari kepada 13 hari.

Tambah beliau lagi, sesi persekolahan 2021 perlu dilewatkan kerana peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) telah ditangguhkan dan dilewatkan perlaksanaannya ke suku pertama 2021.