MEREKA JUARA RAKYAT SEBENAR, SUSULAN TINDAKAN BERANI MUSA AMAN BERSAMA BEKAS ADUN...

MEREKA JUARA RAKYAT SEBENAR, SUSULAN TINDAKAN BERANI MUSA AMAN BERSAMA BEKAS ADUN WARISAN, UPKO PKR DAN DAP TUMBANGKAN KERAJAAN WARISAN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – SYABAS DAN TAHNIAH, tanpa keberanian dan rasa tanggungjawab daripada ADUN-ADUN Warisan, UPKO, PKR dan DAP untuk mengisytiharkan keluar parti, sudah tentu Shafie Apdal akan terus mengemudi Sabah sehingga ke tahun 2023.

Tan Sri Musa juga dianggap sebagai ‘WIRA’ rakyat Sabah, walaupun telah dinasihati untuk berehat dari arena politik oleh keluarga beliau, namun Musa berdegil dan terus berjuang untuk menyelamatkan negeri ini dari tangan pemimpin yang jelas GAGAL mengurus tadbir Sabah dengan baik.

“Kita tidak mampu membayangkan berapa banyak lagi kehancuran dan kerosakan yang akan berlaku sekiranya Shafie masih terus mengemudi Sabah untuk tempoh tiga (3) tahun yang mendatang,” demikian kenyataan oleh Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) dalam satu kenyataan yang dikirim kepada portal sabahnews.com.my.

Gabungan NGO Bebas Suara dilihat di antara NGO yang lantang membuat kritikan terbuka terhadap Shafie Apdal dan turut membuat petisen terbuka mendesak Shafie meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah

NGO Bebas dalam satu kenyataan turut berkata lagi “rakyat Sabah amat bernasib malang kerana mempunyai Ketua Menteri seperti Shafie.”

“Sebelum ini apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Sabah pada 18 Mac 2020 akibat pandemik COVID-19, rakyat Sabah telah dibiarkan bersendirian berhadapan dengan situasi yang cukup sukar.”

“Shafie Apdal telah menghilangkan diri hampir seminggu lamanya dan hanya muncul pada 25 Mac 2020 , itu pun selepas terdengar khabar Tan Sri Musa Aman mengumumkan UMNO Sabah akan menyalurkan bantuan makanan dan bantuan kewangan berjumlah sejuta ringgit.”

“Ada pun bantuan COVID-19 untuk rakyat Sabah yang telah diumumkan oleh Shafie telah GAGAL disalurkan sepenuhnya kepada rakyat Sabah, mujurlah atas keprihatinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, rakyat telah dibantu melalui pemberian wang tunai sebanyak RM1,600 manakala golongan belia diberikan RM800 serta mereka yang memiliki lesen berniaga RM3,000. Kalau harapkan Shafie, rakyat Sabah akan berhadapan dengan situasi yang lebih buruk lagi.”

Menurut NGO BEBAS lagi, “Sepanjang dua tahun Shafie mengetuai pentadbiran Sabah, kadar KDNK juga teruk jatuh, manakala kadar pengangguran semakin meningkat naik.”

“Kadar pengangguran yang meningkat ini berlaku disebabkan Shafie gagal membawa masuk pelabur ke Sabah.”

“Shafie sebelum ini hanya berjanji kononnya pelabur akan datang ke Sabah tetapi selepas dua tahun berlalu, janji tersebut belum ditunaikan.”

“Yang lebih pelik sebelum ini Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking turut menjawat jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri yang bertanggungjawab membawa pelabur ke Sabah, namun kedua-dua pemimpin ini jelas GAGAL membantu Sabah”.

“Isu perlantikan Pengerusi GLC termasuk Pegawai Kerajaan dari Semporna juga telah berjaya dihentikan selepas Kerajaan Warisan berjaya ditumbangkan.”

Info grafik yang tular di media sosial Facebook berhubung senarai nama lantikan jawatan tertentu jabatan termasuk syarikat milik Kerajaan Negeri Sabah yang mempunyai kaitan dengan Shafie Apdal…

“Pihak SPRM juga diminta segera tampil untuk menyiasat pemberian projek kepada kroni Shafie dan Peter, tindakan ini amat penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan mendedahkan salah laku pemimpin yang ‘korup’ kerana aduan telah dibuat.”

Senarai nama KONTRAKTOR yang diberikan kerja tanpa TENDER TERBUKA bernilai RM1.55 bilion…
Senarai nama PROJEK yang diberikan kepada KONTRAKTOR tanpa TENDER TERBUKA yang kesemuanya bernilai RM1.55 bilion…

“Terlalu banyak lagi kelemahan yang telah dilakukan oleh Shafie yang jelas telah membangkitkan kemarahan rakyat Sabah, oleh sebab itu apabila undian secara terbuka diatas talian dibuat oleh pihak ketiga untuk menilai sejauh mana sokongan mereka terhadap Shafie berbanding Musa rakyat, jelas telah memilih Musa”.

Undian populariti siapa Ketua Menteri pilihan rakyat Sabah yang didahului oleh Tan Sri Musa Aman…

“Justeru NGO BEBAS bersyukur akhirnya perjuangan kami untuk menjatuhkan Shafie telah berjaya dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ‘WIRA’ rakyat iaitu Musa dan kesemua wakil rakyat Warisan, UPKO, PKR dan DAP yang telah keluar parti, bagi kami anda semua adalah ‘JUARA RAKYAT’ Sabah yang sebenar,” tambah NGO BEBAS lagi.