BUTTERWORTH – Sebelas kilogram emas di sebuah kilang memproses bahan itu, dilarikan tiga lelaki bersenjatakan kapak.
Rompakan dibuat ketika pekerja syarikat mahu membawa emas tersebut ke Kuala Lumpur, lapor Utusan Online.
Tiga lelaki melarikan diri menaiki sebuah Perodua Bezza sekitar jam 9.30 pagi tadi.
Sehingga jam 1.30 petang, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Menurut laporan Kosmo pula, pemberita melaporkan hanya tujuh kilogram emas yang disimpan dalam beg dan diletakkan di depan bangunan untuk dimasukkan dalam kereta syarikat, dilarikan.
Pengawal keselamatan kilang juga sempat melepaskan beberapa das tembakan ke kereta yang dinaiki suspek.