KOTA KINABALU: Seramai 120 golongan asnaf menerima sumbangan wang saku raya sempena Jelajah Iftar Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah di Masjid Al-Munir, Darau, semalam.
Darau merupakan lokasi ke-18 bagi Jelajah Iftar UPPM Sabah bersama dengan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC).
Jelajah ini turut dihadiri oleh, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Roland Chia, Pengerusi SMART Sabah, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi serta wakil Sepanggar, Datuk Arshad Idris.
Dalam pada itu, Razali berharap agar semua program seumpama ini akan diteruskan di seluruh negeri Sabah pada tahun hadapan.
“Saya harap program seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dan tidak jemu untuk membantu rakyat di bulan Ramadan ini.
“Kita juga berterima kasih kepada UPPM negeri Sabah kerana berjaya melakukan jelajah ini yang pertama kali dilakukan di Sabah mahupun di Malaysia,” katanya ketika ditemui.
Untuk rekod, seramai lebih 300 penduduk kawasan Darau yang telah hadir memeriahkan Jelajar Iftar kali ini.