2,000 Ahli UMNO Sabah Banjiri Stadium Bukit Jalil

2,000 Ahli UMNO Sabah Banjiri Stadium Bukit Jalil

0
SHARE

BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR – Seramai 2,000 orang ahli UMNO Sabah telah membanjiri Stadium Bukit Jalil sempena sambutan Ulang Tahun UMNO Kali Ke-71 Tahun.

Perasmian Ulang Tahun UMNO kali ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri yang juga merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Dengan jumlah kehadiran kira-kira 130,000 orang ahli UMNO yang datang dari seluruh Malaysia, tidak dapat dinafikan lagi bahawa sambutan ulang tahun UMNO kali ini merupakan yang terbesar pernah dianjurkan dalam sejarah parti itu.

Sambutan ulang tahun UMNO kali ini bermula dengan ceramah agama bersempena Nisfu Syaaban yang disampaikan oleh penceramah terkenal iaitu Datuk Badlishah Alauddin.

Seperti sambutan pada edisi sebelum ini, solat maghrib berjemaah kali ini telah diimamkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Rombongan ahli-ahli UMNO Sabah kali ini telah diketuai sendiri oleh Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.

Turut hadir sempena ulang tahun UMNO edisi kali ini juga terdiri daripada ahli-ahli UMNO yang berada dan bekerja di kawasan Selangor termasuklah juga kawasan Kuala Lumpur.