ANKARA – Sebanyak 29 ekor ikan paus spesis ‘pilot’ ditemui mati selepas terdampar di Farewell Spit, Pulau Selatan, New Zealand baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Jabatan Pemuliharaan, terdapat 34 ikan paus terdampar, lima daripadanya berjaya kembali ke laut…
Farewell Spit ialah laluan sempit yang terletak di utara Teluk Emas Pulau Selatan.
Bulan lepas, lebih 60 ikan paus spesis sama terdampar di Farewell Spit dan 28 daripadanya mati.