BEBAS DESAK POLIS SIASAT TERPERINCI KONONNYA JONTIH DIFITNAH

BEBAS DESAK POLIS SIASAT TERPERINCI KONONNYA JONTIH DIFITNAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) mendesak pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai kononnya bekas CEO Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd, Jontih Enggihon Juntih telah difitnah melalui sebaran palsu.

Dalam satu kenyataan melalui peguam Jontih yang juga pemimpin Parti Warisan Sabah yang turut disiarkan oleh portal berita atas talian (online) diantara catatan palsu itu berbunyi: “Kenyataan Rasmi bekas Ketua Pegawai Eksekutif SMM Jontih Enggihon. Saya dipaksa untuk menyebarkan berita palsu, kehidupan keluarga saya dalam bahaya.”

Peguam Jontih adalah pemimpin Parti Warisan Sabah…

“BEBAS ingin menyatakan ada kemungkinan kumpulan kartel pro-Jontih yang membuat hantaran palsu tersebut yang mana kemudian menuduh orang lain yang melakukannya.

“Agak menghairankan dari mana Peguam Jontih dapat sebaran palsu tersebut, sedangkan orang ramai tidak pula melihat hantaran palsu tersebut sama ada melalui media sosial Facebook ataupun sebaran aplikasi WhatsApp.”

“Harus diingat bahawa Jontih ketika ini sedang berhadapan dengan saman sivil oleh pihak Sabah Mineral Management (SMM) kerana menipu,” jelas BEBAS.

Untuk rekod, pihak polis dan SPRM juga sedang menyiasat Jontih, oleh sebab itu kemungkinan kumpulan ini merekayasa cerita untuk mendapatkan simpati dari orang ramai.

“Kumpulan kartel ala-MAFIA ini sedang cuba merampas negeri Sabah melalui agenda jahat”.

BEBAS berkata lagi: “harus diingat kumpulan kartel ala-MAFIA yang menyokong Jontih sebelum ini juga pernah cuba menyogok Datuk Seri Hajiji berjumlah 5 juta ringgit tetapi ditolak sepenuhnya oleh Ketua Menteri Sabah itu.”

Hajiji telah dipaksa dan diugut menerima wang untuk meluluskan jutaan ekar tanah,  namun selepas kartel tersebut gagal mereka telah melakukan serangan ke atas wakil-wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Justeru itu, rakyat Sabah diminta untuk terus bangun dan bangkit mempertahankan negeri Sabah melalui GRS kerana hanya melalui gabungan ini sahaja hak rakyat Sabah akan terus dijaga.