30 Pasukan Sertai Keningau Premier League Edisi 2024-2025

30 Pasukan Sertai Keningau Premier League Edisi 2024-2025

0
SHARE

KENINGAU: Sebanyak 30 pasukan akan beraksi pada kejohanan bolesepak Keningau Premier League (KPL) edisi 2024-2025 yang akan bermula pada 9 November ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Keningau (Keningau FA) yang juga Naib Presiden 4 Persatuan Bola sepak Negeri Sabah (SAFA), Rafie Robert berkata, kesemua pasukan itu dari sekitar Keningau, Tenom, Pagalungan, Nabawan, Beaufort dan Kota Kinabalu.

“Saya mengharapkan ada pasukan dari primer league ini dapat menyertai kejohanan yang lebih tinggi lagi diperingkat kebangsaan ataupun Asia selepas ini,” katanya selepas perasmian Kejuaraan KPL 2024/2025 di Taman Bandukan Riverside, Bingkor, dekat sini.

Katanya, ini merupakan kesinambungan kejohanan Keningau CUP FA 2015 yang dijenamakan kepada KPL dan dibahagi kepada dua liga utama iaitu Liga Satu MP Projek Cup dimana 17 pasukan berentap bagi kategori terbuka untuk semua peringkat umur, manakala Liga Dua Shap Cup disertai oleh sebanyak 13 pasukan untuk kategori pemain berumur 18 tahun kebawah.

Menurut Rafie, Kejohanan Keningau FA Cup melibatkan pasukan empat teratas dari KPL Liga 1 dan Liga 2 yang menawarkan format lebih kompetitif, sekaligus menguji ketangkasan dan strategi pasukan.

Manakala bagi kejohanan PEXOHOLIC CUP pula memfokuskan kepada pasukan yang menduduki tempat kedua teratas dalam KPL Liga 1 dan Liga 2.

“Ini adalah peluang untuk meningkatkan daya saing dan memberikan semangat perlawanan yang lebih membara,” katanya.

Sementara itu, kejohanan JETAMA CHAMPIONS LEAGUE adalah khas untuk juara Dari KPL liga 1 MP PROJECT CUP, KPL LIGA 2 SHAP CUP, KENINGAU FA CUP dan PEXOHOLIC CUP bagi menentukan juara keseluruhan.

“Dimana kejohanan ini adalah medan bagi pasukan terbaik untuk menguji keupayaan mereka Dan mendapatkan pendedahan yang lebih luas,” katanya.

Menurutnya, KPL musim ini merupakan hasil komitmen berterusan Keningau FA dalam mengangkat sukan bola sepak tempatan yang mana kejohanan ini diiktiraf oleh SAFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM.

Jelasnya, ini adalah bukti kepercayaan badan induk bolasepak kepada Keningau FA. Ini adalah edisi ketiga sejak penganjuran pertama pada tahun 2015 .

Beliau yakin dengan sokongan semua pihak, kejohanan itu akan terus berkembang maju pada masa akan datang.

“Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform bagi memartabatkan sukan bola sepak di Keningau tetapi juga sebagai usaha memperkasakan bakat- bakat muda yang ada di daerah ini dan daerag sekitarnya,” Rafie berkata.