360 Kes Baharu, Penyusutan Kecil Berbanding Semalam

360 Kes Baharu, Penyusutan Kecil Berbanding Semalam

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu ialah 360 kes hari ini, penyusutan 9 kes berbanding semalam.

Keadaan tidak banyak berubah daripada kedudukan semalam kata jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

“Kadar positiviti masih tinggi, iaitu 13.18 peratus yang diperolehi daripada 3,027 sampel ujian…

“Semalam kadar positiviti ialah 13.32 perarus dengan 3,034 sampel ujian.

“Ini bermakna kadar penularan masih tinggi yang akan mengakibatkan jumlah kes harian juga akan kekal tinggi,” katanya dalam rumusan harian kes.

Kota Kinabalu kembali mencatatkan jangkitan baharu tiga angka dengan 117 kes, iaitu peningkatan 26 kes berbanding semalam.

Sebanyak 8 daerah lain merekodkan kes dua angka, Sandakan 39 kes (-1), Tawau 39 kes (-3), Tuaran 35 kes (+/-), Papar 26 kes (+2), Putatan 25 kes (-9), Penampang 15 kes (+/-), Keningau 10 kes (+7) dan Lahad Datu 10 kes (-7).

Tujuh (7) daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini.

Dalam pada itu, terdapat dua (2) kes dalam Kategori 3 dan empat (4) kes dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kelmarin.

Kota Kinabalu 117 (91)
Sandakan 39 (40)
Tawau 39 (36)
Tuaran 35 (35)
Papar 26 (24)
Putatan 25 (34)
Penampang 15 (15)
Keningau 10 (3)
Lahad Datu 10 (17)
Kota Belud 9 (9)
Kuala Penyu 9 (13)
Kota Marudu 7 (6)
Beluran 4 (4)
Kalabakan 4 (4)
Tenom 4 (0)
Kudat 2 (4)
Nabawan 2 (0)
Ranau 1 (5)
Semporna 1 (1)
Tambunan 1 (8)
Beaufort 0 (7)
Kinabatangan 0 (3)
Kunak 0 (0)
Pitas 0 (4)
Sipitang 0 (3)
Telupid 0 (2)
Tongod 0 (1)