4 Buah Motosikal Musnah Dalam Kebakaran Rumah Pekerja di Tuaran

4 Buah Motosikal Musnah Dalam Kebakaran Rumah Pekerja di Tuaran

0
SHARE

TUARAN, SABAH – Sebanyak empat buah motosikal musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah pekerja di Kampung Sukoli, Telipok dekat sini tengah hari tadi.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 11.53 pagi kelmarin.

Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah pekerja jenis tidak kekal tiga pintu bersaiz 20×15 kaki yang musnah 100 peratus dalam insiden tersebut.

“Turut terbakar empat buah motosikal. Tiga daripadanya terbakar sepenuhnya manakala sebuah lagi mengalami kerosakan kira-kira 30 peratus,” kata pegawai jurucakap agensi.

Katanya, operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari jentera bomba dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.20 tengah hari.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.49 tengah hari setelah pasukan bomba memastikan kawasan bebas daripada sebarang bahaya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.