Sabah Putuskan Untuk Perketatkan SOP Pengembara China

Sabah Putuskan Untuk Perketatkan SOP Pengembara China

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri memutuskan untuk memperketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) pengembara China yang memasuki negeri ini dan berkuat kuasa pada 8 Januari.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata pihaknya telah memutuskan perkara terbabit selepas mesyuarat jemaah menteri yang dilakukan, semalam.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Masidi memperincikan SOP untuk pengembara China sebelum berlepas dan semasa ketibaan di Sabah.

Mengulas lanjut, semua pengembara dari China perlu lengkap vaksinasi mengikut
kriteria negara asal.

“Semua pengembara dari negara China perlu menunjukkan ujian COVID-19 (RT-PCR/RTK Ag Professional) dengan keputusan negatif dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas.

“Semasa ketibaan, semya pengembara dari luar negara dikehendaki untuk menjalani saringan suhu (thermal scanner).

“Pengembara yang dikesan demam akan menjalani pemeriksaan lanjut, dan mempunyai gejala COVID-19, wajib menjalani ujian RTK Antigen COVID-19,” katanya.