GERAKAN SONGSANG GULINGKAN HAJIJI OLEH SHAFIE PASTI AKAN GAGAL?

GERAKAN SONGSANG GULINGKAN HAJIJI OLEH SHAFIE PASTI AKAN GAGAL?

0
SHARE
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal...

KOTA KINABALU, SABAH – Gerakan Shafie Apdal mahu menggulingkan Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah pasti akan menemui kegagalan.

Menurut pemimpin UMNO yang enggan namanya disiarkan dalam satu kenyataan yang dihantar kepada portal SabahNews berkata, “gerakan yang disifatkannya sebagai songsang dan berniat jahat itu wajar dihentikan”.

“Sumber yang boleh dipercayai menyatakan Shafie sedang giat mengumpulkan SD dari wakil rakyat UMNO di Sabah termasuk PBS dan lainnya agar Shafie dilantik semula menjadi Ketua Menteri Sabah.

“Shafie dipercayai telah mengulangi semula tindakannya pada tahun 2018, tetapi gerakan tersebut menemui kegagalan”.

Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam satu kenyataan (kelmarin) turut mengesahkan status Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah masih kekal utuh.

Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Masidi Manjun…

Menurut pemimpin UMNO itu lagi, beliau agak hairan masih ada pemimpin atau wakil rakyat yang masih mahu bersekongkol dengan Shafie Apdal.

“Faktanya keputusan PRU-15 di Sabah baru-baru ini adalah bukti jelas Parti Warisan semakin ditolak oleh majoriti rakyat Sabah…

“Parti Warisan kini semakin melemah di Sabah,” katanya.

Menurut pemimpin itu lagi, masa depan Parti Warisan yang dikenali dengan logo kapal layar sebenarnya telah hampir karam.

“Sebagai bukti Warisan bertanding di kesemua 25 kerusi Parlimen di Sabah, satu di Labuan, manakala 26 kerusi Parlimen lagi di Semenanjung yang mana akhirnya hanya 3 kerusi telah dimenangi oleh Parti Warisan…

Keputusan Pilihan Raya Utama Ke-15 (PRU-15)…

“Sejarah telah mengesahkan bekas Ketua Menteri Sabah ke-15 itu adalah pemimpin paling gagal yang pernah memimpin negeri Sabah. Menaiki takhta Ketua Menteri Sabah sebelum ini dengan tipu muslihat,” tambah pemimpin UMNO berkenaan.

Mengimbau kembali pada tahun 2018 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN ke-15) Sabah, Barisan Nasional (BN) menang 29 kerusi yang kemudiannya 31 kerusi selepas dua Wakil Rakyat daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang dipimpin oleh Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bergabung untuk membentuk Kerajaan negeri Sabah.

Parti Warisan pimpinan Shafie selepas bergabung dengan DAP dan PKR pula hanya memperolehi 29 kerusi pada ketika itu.

Keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah 2018 (PRN-15) yang berlangsung serentak dengan Pilihan Raya Umum Malaysia 2018 (PRU-14)…

Hanya selepas DUA (2) hari Kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir Sabah, akhirnya disebabkan oleh penipuan dan kelicikan Shafie berjaya mengambil alih Kerajaan Negeri Sabah melalui ‘jalan pintu belakang’.

Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah selang beberapa hari selepas Musa mengangkat sumpah jawatan yang sama dan di dihadapan orang yang sama, TYT Sabah Tun Juhar Mahiruddin…

Tambah beliau lagi tindakan Shafie menganiaya UMNO (BN) pada masa lalu masih segar terpahat dalam hati dan ingatan semua ahli UMNO dan BN.

Selepas membuli UMNO termasuk PBS dan Star, Shafie ketika ini cuba ‘menjilat semula ludah’ apabila menawarkan pula kerjasama dengan Parti Warisan bagi membentuk kerajaan negeri Sabah bagi menggantikan kerajaan GRS-BN.

“Shafie Apdal termasuk pemimpin Parti Warisan lainnya yang dikenali dengan parti berkiblatkan ‘Sempornasisasi’ sepatutnya sedar diri dan bermuhasabah, sebaliknya Shafie dilihat berterusan cuba memujuk pimpinan parti-parti UMNO termasuk PBS dan Star bagi memberi peluang Warisan memerintah semula Sabah.

“Sepanjang 26 bulan menjadi Ketua Menteri Sabah dan mengemudi Sabah, Shafie telah melakukan kerosakan begitu besar di mana kadar pengangguran semakin meningkat, tidak ada satu pun pelabur asing berjaya dibawa masuk melabur ke Sabah, rumah setinggan PTI kerap terbakar, kadar kemiskinan termasuk kes penculikan dan aktiviti bom ikan mengalami trend peningkatan naik mendadak.

Shafie Apdal digelar Bapa Pengumuman Sabah selepas gagal membawa pelabur ke Sabah walaupun banyak pengumuman telah dibuat kononnya pelabur akan melabur ke Sabah…(Sumber foto ihsan BH Online)
Shafie Apdal meterai MoU pelaburan bernilai RM20 bilion pada 2019, selepas hampir setahun dari tarikah berkenaan, di mana pelabur ini yang melabur di Sabah?…(Foto dipetik daripada BH online)

Pada Julai 2019 tiga (3) penyelam termasuk dua (2) pelancong warga China maut dipercayai akibat terkena bom ikan di Semporna …
Semporna pada tahun sebelum ini mencatatkan daerah paling tinggi aktiviti haram bom ikan… (Sumber foto ihsan Bernama Online)

“Paling ketara sekali minyak masak yang diilhamkan oleh Shafie dengan jenama BESS telah mengalami kerugian jutaan ringgit dan yang lebih parah kadar KDNK negeri Sabah telah jatuh menjunam sehingga ke paras 0.5 peratus (0.5%) yang asalnya adalah 8.2 peratus (8.2%).

Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019…

“Justeru itu harapan kami diperingkat akar umbi agar wakil rakyat UMNO termasuk PBS menolak kerjasama dengan Parti Warisan walaupun diperingkat persekutuan kerjasama telah dimeterai bagi membentuk Kerajaan Perpaduan,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, penganalisis politik Syihab Palembang ketika dihubungi berkata mengenai usaha yang sedang giat digerakkan oleh Shafie Apdal pula berkata kedudukan Hajiji sebenarnya masih kekal utuh dan stabil.

“Mustahil untuk Anwar Ibrahim membenarkan rampasan kuasa ini berlaku”.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Tambahnya lagi, GRS termasuk PH , GPS, BN dan Warisan kini berada dalam satu khemah bagi membentuk gabungan ‘Kerajaan Perpaduan’.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (kiri) yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Panglima Mod Shafie Apdal pada Majlis Menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan Di Bawah Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 16 Dis 2022…

“Dalam keadaan kepimpinan negara sedang bertungkus lumus mengembalikan keadaan ekonomi negara ke tahap yang lebih baik sudah tentu Perdana Menteri Malaysia tidak ingin melihat Sabah berada dalam keadaan kemelut politik yang tidak menentu..

“Oleh sebab itu dari sudut faktanya walaupun benar wujud gerakan mahu menggulingkan Hajiji oleh Shafie sudah tentu Anwar akan campur tangan menggagalkan usaha ini,” jelas Syihab.