Apps Sabah Smart Parking Alami Gangguan Sementara, Tiada Kompaun Dikeluarkan – DBKK

Apps Sabah Smart Parking Alami Gangguan Sementara, Tiada Kompaun Dikeluarkan – DBKK

0
SHARE

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memaklumkan Aplikasi Sabah Smart Parking (SSP) kini mengalami gangguan operasi sementara yang menyebabkan beberapa fungsi utama tidak dapat diakses.

Ia termasuklah pembayaran caj parkir secara digital, semakan serta pembayaran kompaun, pembelian Pas Parkir Bulanan, tambah nilai kredit (top-up) dan akses kepada modul IBERSIH.

Sehubungan itu, DBKK dalam satu kenyataan turut memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan melalui pengeluaran kompaun tidak akan dilaksanakan sepanjang tempoh gangguan tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan kepada pengguna.

DBKK berkata, pihak pengurusan kini sedang giat menjalankan usaha bagi memulihkan sistem supaya aplikasi tersebut dapat kembali beroperasi seperti biasa dalam kadar segera.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para pengguna berikutan gangguan sementara aplikasi Sabah Smart Parking. Pihak kami sedang mengambil segala langkah yang diperlukan bagi memastikan sistem dapat dipulihkan secepat mungkin.

“Sepanjang tempoh gangguan ini, tindakan penguatkuasaan melalui pengeluaran kompaun tidak akan dilaksanakan,” menurut kenyataan DBKK itu di sini, hari ini.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut atau bantuan berkaitan perkhidmatan Sabah Smart Parking boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Letak Kereta DBKK Holdings Sdn. Bhd. di talian 088-270181 atau 088-270182 pada waktu pejabat.