4 Maut, 6 Cedera Selepas Pesawat Kargo Terhempas Di Laut

4 Maut, 6 Cedera Selepas Pesawat Kargo Terhempas Di Laut

0
SHARE

ABIDJAN, IVORY COAST – Sekurang-kurangnya empat maut dan enam lagi cedera selepas sebuah pesawat kargo yang disewa tentera Perancis terhempas di laut berhampiran Abidjan.

AFP melaporkan bahawa Pesawat jenis Antonov itu dilaporkan terhempas ke dalam laut tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang Abidjan.

Saksi memberitahu, anggota bomba dan pasukan penyelamat dilihat mengeluarkan dua mayat daripada pesawat yang pecah kepada beberapa bahagian.

Dua lagi mayat dilihat berada di dalam bangkai pesawat manakala dua mangsa yang cedera dibawa ke pantai.

Pasukan penyelamat juga menunda bangkai pesawat itu ke pantai.

Satu sumber tentera memberitahu, pesawat yang membawa 10 penumpang itu disewa tentera Perancis dalam operasi antipengganas di Barkhane.

Menurutnya, empat mangsa yang maut itu adalah warga Moldova manakala yang cedera termasuklah warga Perancis.