Maut Selepas Pesawat Terhempas Ketika Pertunjukan Udara

Maut Selepas Pesawat Terhempas Ketika Pertunjukan Udara

0
SHARE
Sumber Foto; Harian Metro - Gazeta_Fakt

MOSCOW – Dua orang maut selepas pesawat era Soviet dinaiki terhempas ketika pertunjukan udara di Moscow, semalam, kata polis tempatan.

Memetik kenyataan di Harian Metro, pesawat vintaj An-2 itu terhempas ketika membuat rutin akrobatik dalam persembahan di depan orang ramai di sebuah lapangan di Balashikha, berhampiran Moscow.

Jurucakap polis daerah Moscow berkata, “kami mengesahkan dua orang di atas pesawat itu terbunuh dalam kejadian berkenaan.”

Menurutnya, pesawat itu terhempas di tengah padang dan tiada orang awam cedera dalam kejadian itu.

Punca nahas masih disiasat.

Sumber pasukan kecemasan memberitahu agensi berita TASS bahawa kesilapan juruterbang dilihat sebagai kemungkinan besar punca nahas.

Media Russia turut menyiarkan video diterima daripada saksi kejadian menunjukkan pesawat terbabit meletup selepas terhempas dengan asap hitam tebal memenuhi ruang udara.

Pesawat enjin tunggal An-2 itu kali pertama dihasilkan selepas Perang Dunia kedua dan lazimnya digunakan untuk pengankutan atau menyembur racun serangga ke atas tanaman.