TAWAU, SABAH – Kira-kira 500 buah rumah setinggan di Kampung Kurnia Jaya, Jalan Apas, di sini, rentung dalam kebakaran kira-kira jam 4.30 petang tadi.
Pada ketika ini, seramai 59 anggota pasukan Bomba daerah diketuai PgKB II Sukur Hatta masih menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran.
Mereka turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Semporna (tujuh orang anggota) dan lima buah bot dari Bomba Komuniti Kampung Kitingan.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah bahawa setakat pukul 9.13 malam tadi melaporkan kejadian tidak melibatkan kecederaan atau sebarang kemalangan jiwa.