50,000 Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024

50,000 Meriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024

0
SHARE
Merdeka
Perarakan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah Gergasi ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Lebih 50,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah, pagi Sabtu.

Sambutan yang diadakan di Jalan Tun Fuad Stephens itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta Menteri Kewangan, Datuk Masidi Manjun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan.

Sejurus tiba, Tun Juhar memeriksa Kawalan Kehormat Utama (KKU) dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seterusnya menyaksikan upacara bacaan ikrar dan persembahan koir.

Acara perarakan dimulakan dengan perarakan lintas lalu Jalur Gemilang serta Bendera Negeri Sabah gergasi oleh 34 orang pegawai dari ATM.

Sambutan berkenaan turut dimeriahkan dengan perarakan 189 kontinjen mewakili pasukan keselamatan, badan beruniform, persatuan, sekolah, jabatan dan agensi kerajaan.

Selain itu, turut menjadi tumpuan adalah perarakan aset-aset ATM, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Pada tahun ini, buat julung kalinya Hari Sabah disambut serentak dengan Hari Kebangsaan selepas diwartakan pada 20 Jun 2024. — JABATAN PENERANGAN SABAH