KIULU, SABAH – Seramai 60 penduduk kampung memanfaatkan pemeriksaan kesihatan percuma semasa program turun padang anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia di Kampung Tapatau, sini, pagi tadi.
Mereka datang dari enam kampung iaitu Kampung Tapatau, Kampung Rungus Penansawa, Kampung Lokub, Kampung Nulu, Kampung Ratau, dan Kampung Lubok.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai hadir memerhati program itu dan beramah mesra dengan penduduk kampung.
Program jangkauan itu termasuk vaksinasi COVID-19 percuma serta pemeriksaan saringan kesihatan.
Pada majlis itu, Setiausaha Kehormat Bulan Sabit Merah Daerah Tuaran, Kevin Lo turut memberi taklimat kepada Joniston bahawa 22 penduduk kampung telah dilatih sebagai sukarelawan untuk Bulan Sabit Merah Malaysia bagi memudahkan program jangkauan di Kiulu.





