7 WAKIL RAKYAT UMNO BERTEMU HAJIJI ZAHIR SOKONGAN KEKAL SEBAGAI KETUA MENTERI...

7 WAKIL RAKYAT UMNO BERTEMU HAJIJI ZAHIR SOKONGAN KEKAL SEBAGAI KETUA MENTERI SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tujuh (7) wakil rakyat UMNO (Barisan Nasional) bertemu Datuk Seri Hajiji di Sri Gaya kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah.

Menteri Tugas-Tugas Khas Jabatan Ketua Menteri Sabah memuat naik pertemuan tersebut pada khamis malam melalui akaun Facebook miliknya.

Menurut sumber wakil rakyat UMNO yang diketuai oleh Datuk Yakub Khan Timbalan Ketua UMNO Sabah bersama 6 orang wakil rakyat lainnya hadir bagi menzahirkan sokongan kepada Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Tangkap layar (screenshot) pada Facebook rasmi Arifin Arif…

Selain 7 orang wakil rakyat ini beberapa orang wakil rakyat UMNO lainnya turut menyatakan sokongan kepada Hajiji.

Usaha menggulingkan Hajiji menemui kegagalan menerusi ‘Langkah Sutera’ apabila sebahagian wakil rakyat UMNO termasuk Pakatan Harapan (PH) enggan menyokong usaha yang dibuat oleh Bung Moktar dan Shafie Apdal.

Menurut sumber, sepatutnya sidang media yang dijadualkan petang kelmarin (5 Jan) dilakukan secara berasingan daripada Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun, kedua-dua sidang media dibatalkan selepas beberapa orang wakil rakyat UMNO enggan menyokong Shafie dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah bagi menggantikan Hajiji.

Sebelum itu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor turut dilihat mengadakan pertemuan dengan sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS dan Pakatan Harapan (PH) Sabah pada malam Khamis.

Hajiji bersama sebahagian besar ADUN PH dan GRS bergambar dalam satu pertemuan di Kota Kinabalu. Kesemua ADUN PH berikrar akan terus menyokong kepimpinan Hajiji…