92 PATI Indonesia Diusir

92 PATI Indonesia Diusir

0
SHARE
Antara PATI yang ditahan dan dihantar pulang...

TAWAU, SABAH – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah mengusir seramai 92 tahanan warganegara Indonesia melalui laut dalam Siri 21 kategori tersebut di Pelabuhan Tawau hari ini.

Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) melibatkan 71 orang (tahanan) lelaki, 20 orang perempuan dan seorang kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

Pengarah JIM Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata purata umur tahanan dewasa adalah dari 18 tahun sehingga 57 tahun.

“Proses pemindahan tahanan ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka Indonesia diiringkawal masuk sehingga masuk ke dalam feri…

“Kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963.

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara,” katanya.

Beliau mengingatkan semua warga asing untuk memastikan memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di Negeri Sabah, Malaysia terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini.