Kerajaan Sarawak Keluarkan Tatacara Kemasukan Ke Negeri Itu Berkuatkuasa 1 September Ini

Kerajaan Sarawak Keluarkan Tatacara Kemasukan Ke Negeri Itu Berkuatkuasa 1 September Ini

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KIUCHING, SARAWAK – Kerajaan Negeri Sarawak dalam satu kenyataan mengeluarkan satu tatacara kemasukan ke negeri itu dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 yang masih berlaku.

Kenyataan itu menyatakan bahawa tatacara kemasukkan ke Sarawak akan berkuatkuasa 1 September 2020 ini.

Tatacara Kemasukkan ke Sarawak adalah seperti berikut:

i. Dari Luar Negara – Semua warganegara Malaysia (termasuk rakyat Sarawak) yang balik dari Luar Negara akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin yang telah disediakan oleh Kerajaan Sarawak. Ujian COVID-19 akan diambil dua (2) kali iaitu pada hari ke-2 dan ke-10. Kos penginapan kuarantin dan kos ujian COVID-19 untuk rakyat Sarawak akan dibayar oleh Kerajaan Sarawak.

ii. Dari Semenanjung, Sabah dan Labuan – Semua warganegara Malaysia (termasuk rakyat Sarawak) yang masuk ke Sarawak dari Semenanjung, Sabah dan Labuan dibenarkan tanpa perlu menjalani kuarantin. Walau bagaimanapun, mereka dikehendaki untuk mengisi E-Health Declaration Form (E-HDF).

iii. Saringan COVID-19 Semua kemasukkan ke Sarawak melalui jalan udara, darat dan laut akan dilakukan ujian COVID-19 secara rawak.