SPR mesyuarat Isnin bincang urusan PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag

SPR mesyuarat Isnin bincang urusan PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag

0
SHARE

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Isnin ini.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata pihaknya sudah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul dan Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya berhubung kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi berkenaan, hari ini.

“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah yang memperuntukkan bahawa kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P187 Kinabatangan dan Dewan Undangan N58 Lamag, Sabah, hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan dipastikan SPR.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 16 Disember 2025,” katanya menerusi kenyataan hari ini.