60 Peserta STEP Terima Sijil JPSM

60 Peserta STEP Terima Sijil JPSM

0
SHARE
Step
Mohd Hanafiah(tengah) bergambar kenangan bersama para peserta STEP Siri 2/2023 ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Enam puluh peserta kursus Sabah Talent Entrepreneurship Programme (STEP) Siri 2/2023 hari ini, menerima sijil penyertaan daripada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).

Menurut Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim, para peserta tersebut terdiri daripada tiga kursus iaitu Kursus Kontraktor Elektrikal, Kursus Kontraktor Perpaipan dan Kursus Mobile Mechanic (Automative) yang masing-masing disertai oleh 20 orang.

“Selain sijil penyertaan daripada JPSM, para peserta STEP juga menerima sijil tamat kursus daripada pihak Akademi Binaan Malaysia dan Giatmara, starter kit berupa ‘Hand Tools’ dan sebuah motosikal bagi kegunaan peserta untuk memulakan perniagaan selepas menamatkan kursus keusahawanan.

“Terdapat tiga kursus yang disertai iaitu Kursus Kontraktor Elektrikal, Kursus Kontraktor Perpaipan dan Kursus Mobile Mechanic (Automative) masing-masing disertai oleh 20 orang.

“Peserta yang terpilih mengikuti ketiga-tiga kursus tersebut telah mempunyai asas atau sijil sama ada di peringkat ijazah, diploma atau sijil kemahiran Malaysia tahap 1 hingga 3 berdasarkan bidang kemahiran seperti binaan dan penyelenggaraan perpaipan bangunan, Sijil PW2 atau elektrikal serta bidang automatif,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan STEP Siri 2/2023.

Turut hadir Pengarah JPSM, Dayang Norsiah Ag. Duraman, Timbalan Pengarah (Makro) Unit Perancang Negeri (UPEN), Nurvina Intan Baizurah, Timbalan Setiausaha Tetap II KSTI, Alijah Ismail.

Tambah beliau, program kursus STEP yang dilaksanakan adalah selaras dengan hala tuju pembangunan modal insan JPSM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) dalam meningkatkan budaya keusahawanan khususnya golongan belia dan beliawanis di Sabah melalui penyediaan latihan keusahawanan serta kemahiran di bawah peruntukan RMK-12 tajaan JPSM. — JABATAN PENERANGAN SABAH