Kerajaan Negeri Serah 45 Bot Penyelamat

Kerajaan Negeri Serah 45 Bot Penyelamat

0
SHARE
Hajiji
Hajiji (empat dari kanan) bersama menteri-menteri kabinet bergambar bersama bot yang diserahkan ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan negeri menyerahkan 45 buah bot penyelamat untuk kegunaan semasa bencana.

Daripada jumlah berkenaan, 15 buah diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat manakala selebihnya diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

Antara daerah yang menerima bot berkenaan adalah Pitas, Kota Marudu, Penampang, Tenom, Beaufort dan Paitan masing-masing tiga buah bot manakala dua buah bot masing-masing diserahkan kepada Kota Kinabalu, Kota Belud, Papar, Tuaran Sipitang dan Tongod.

Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, pada Rabu.

Turut hadir, jemaah kabinet negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Awang Shahminan Awang Sahari yang juga Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri. — JABATAN PENERANGAN SABAHÂ