KUALA LUMPUR – SABAH masih kekal mencatatkan angka tertinggi kes baharu positif COVID-19 di Malaysia selepas merekodkan 535 KES daripada 732 KES harian yang dilaporkan hari ini, demikian yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.
KKM turut memaklumkan bahawa terdapat lagi kewujudan enam (6) kluster baharu hari ini iaitu; Kluster Basung (Sabah), Kluster Inai (Sabah), Kluster Cahaya (Selangor), Kluster Bah Kota (Selangor), Kluster Long (Selangor) dan Kluster Melati (Kuala Lumpur).
Kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 580 KES pesakit telah sembuh hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 14,931 kes (65.04%).
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 22,957 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,827 kes.

DARIPADA 732 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat lapan (8) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 724 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut laporan itu juga, sebanyak 102 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 31 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat enam (6) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana 5 kes dilaporkan daripada Sabah (Kota Kinabalu, Semporna, Sandakan & Tawau) dan 1 kes di Labuan, ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 199 kes (0.87%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;






