PEMIMPIN UTAMA PARTI WARISAN DIKECAM LAGI, GAGAL TURUN BANTU MANGSA BANJIR DI...

PEMIMPIN UTAMA PARTI WARISAN DIKECAM LAGI, GAGAL TURUN BANTU MANGSA BANJIR DI TENOM

0
SHARE

TENOM, SABAH – Secara peribadi kami memuji pemimpin-pemimpin utama Parti BERSATU, UMNO termasuk DAP kerana tampil lebih awal menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir khususnya di Tenom sebaliknya pemimpin Parti Warisan masih gagal membantu, demikian menurut aktivis masyarakat ketika diminta mengulas mengenai keadaan bantuan semasa kepada mangsa banjir di Tenom.

Menurut aktivis masyarakat yang turut membantu mangsa-mangsa banjir di Tenom “kami mengucapkan jutaan tahniah kepada pemimpin-pemimpin parti BERSATU, UMNO dan DAP kerana mereka telah turun padang lebih awal membantu mangsa-mangsa banjir.

Armada Parti BERSATU yang diketuai oleh timbalannya Rafi Robert turun padang menghantar bantuan kepada mangsa banjir di Tenom…

“Jutaan tahniah dan terima kasih juga kami ucapkan kepada Ketua Menteri Sabah kerana hadir meninjau mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diĀ  Dewan Sri Ontoros Kemabong.”

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini turun padang melawat mangsa banjir dan turut menghulurkan wang tunai sebanyak RM500 dan bantuan bakul makanan yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji turun padang melawat mangsa banjir dan menghulurkan sumbangan Kerajaan Negeri Sabah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Sri Ontoros Kemabong…

Hajiji turut mengumumkan Kerajaan Negeri Sabah akan menghulurkan bantuan susulan kepada mangsa banjir di Kemabong, Melalap dan Beaufort selepas menerima laporan oleh jawatankuasa bencana di setiap daerah.

Aktivis masyarakat turut berkata “Inilah yang kita inginkan, pemimpin-pemimpin politik Kerajaan GRS termasuk DAP bersolidariti atas maksud kepentingan rakyat.

Ahli Parlimen Tenom DAP Yb Noorita Sual dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Yb Chan Foong Hing turut bersama turun padang untuk membantu mangsa banjir di Tenom…

“Malangnya pemimpin-pemimpin utama Warisan sebagai contoh Shafie Apdal termasuk Timbalan Presiden Parti Warisan Darell Leiking, Ketua Wira Warisan Azis Jamman dan lain-lain pemimpin Warisan masih gagal untuk hadir ke Tenom.

Ketua Wira Parti Warisan Sabah Azis Jamman dikecam tidak hadir ke Tenom bagi membantu mangsa banjir, sebaliknya berterusan berpolitik. Azis mengadakan program LIVE Kupi-Kupi (malam tadi)…

“Kami juga menerima maklumat bahawa wakil rakyat Melalap Peter Anthony turut menghantar wakilnya membantu memandangkan beliau sedang menjalani kuarantin kendiri, tetapi bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin Warisan yang lainnya,” soal mereka lagi.

“Sepatutnya ketika rakyat Tenom dan Beaufort sedang berduka akibat bencana banjir, pemimpin-pemimpin Parti Warisan sepatutnya berhenti berpolitik.”

Kerajaan GRS telah menyediakan barangan keperluan untuk mangsa banjir, sekalipun pemimpin-pemimpin Warisan tidak mahu berbelanja untuk keperluan mangsa banjir, mereka sepatutnya hadir dan membantu mengagihkan barang-barang yang ada di pusat bencana termasuk yang disediakan oleh Parti UMNO, BERSATU, DAP dan NGO-NGO berkaitan.

Sekumpulan Aktivis NGO dari Kota Kinabalu yang diketuai oleh Encik Hafiz juga turun padang dalam membantu mangsa banjir di Tenom…

Hasil tinjauan krew Sabahnews.com.my, barisan pimpinan UMNO Sabah yang diketuai oleh Datuk Yakub Khan turut hadir ke Tenom bagi membantu mangsa banjir.

Foto barisan pimpinan UMNO Sabah yang diketuai oleh Datuk Yakub Khan, Datuk Jafry Ariffin termasuk Dr Fadilah Sarbi turun padang membantu mangsa banjir di Tenom…

Wakil rakyat Kemabong termasuk Mantan ADUN Kemabong dan bekas calon BN Melalap Jamawi Jaafar juga dilihat begitu bertungkus lumus dalam membantu mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Ontoros Kemabong.

Foto Jamawi Jaafar dan isteri membantu menyediakan juadah makanan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Sri Ontoros Kemabong…

Dalam pada itu, Ketua Warisan Sabah Azis Jamman dilihat mula turun ke Beaufort pada petang ini untuk menghantar bantuan, tetapi malangnya pemimpin tertinggi Parti Warisan yang lainnya belum lagi kelihatan.