Jamawi Salur Sumbangan Jaket Keselamatan Buat Mangsa Banjir Di Tenom

Jamawi Salur Sumbangan Jaket Keselamatan Buat Mangsa Banjir Di Tenom

0
SHARE

KEMABONG, SABAH – Bersimpati dan bimbang aspek keselamatan penduduk kampung terutamanya di kampung Pantongan Sapong yang melalui sungai, Pengerusi SUDC Jamawi Jaafar tampil menghulurkan sumbangan jaket keselamatan untuk kegunaan penduduk di kampung tersebut.

Menurut beliau Jaket keselamatan itu penting memandangkan kebanyakan penduduk terpaksa melalui sungai menaiki sampan dalam keadaan arus yang deras begitu juga arus deras yang terpaksa mereka redah ketika banjir berlaku.

“Dengan adanya jaket ini, keselamatan mereka terjamin semasa melalui sungai atau meradah arus deras banjir,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan tersebut dan sumbangan bakul makanan di beberapa buah pusat penampatan sementara yang terlibat banjir di Kemabong baru-baru ini.

Sementara itu Jamawi bersama rombongannya juga turut menyalurkan bantuan bakul makanan kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa buah Pusat Penampatan Sementara (PPS) antaranya di kampung Makakagas, Inubai, Surau lama Paal Seberang, Dewan Gereja Skim Kuala Tommani, Masjid Baru Paal Seberang, Sindungon, Kalang Kanar, Ponotomon, Dewan Chung Hwa, Pantungon Saga, Sk Saga, Batu-Baru Saga, Mandalom Lama, Dewan Jinuin Jimin Mandalom, Sk Mandalom, Paguokon Laut, Marais Lama, Kampung Manas, Skim Kuala Tomani, Mamaitom, dan Kalibatang Lama.

Jamawi bersama isteri turut membantu menyediakan makanan untuk diagih-agihkan kepada mangsa yang terlibat di Pusat Penampatan Sementara Dewan Ontoros Kemabong…

“Walaupun bantuan ini agak lewat sedikit kerana faktor jalan yang dilalui ditenggalami banjir namun kita berharap dengan sedikit bantuan ini akan dapat meringankan sedikit bebenan mangsa-mangsa yang terlibat,” katanya.

Wakil Jamawi ketika menyampaikan sumbangan bakul makanan dan air manirel di Pusat Penampatan Sementera di Pantungon Saga Kemabong…

Menurut Jamawi yang juga bekas wakil Rakyat Kemabong banjir kali ini adalah banjir yang terburuk untuk tahun ini yang banyak mengorbankan harta benda penduduk tanaman selain merosakan sistem kemudahan asas seperti jalanraya dan jambatan.

“Seperti pepatah berat mata memandang berat lagi bahu mereka yang terjejas memikul saya harap mereka tabah dan bersabar menerima dugaan yang diluar jangkaan ini,” katanya.

Beliau yakin kerajaan akan mengambil tindakan yang proaktif bagi membantu penduduk yang terjejas selain memperbaiki segara segala kerosakan kemudahan asas seperti jalan raya dan jambatan agar tidak menjejaskan kehidupan masyarakat setempat.