SANDAKAN, SABAH – Seorang isteri hanya cedera ringan apabila kenderaan jenis Toyota Vios yang dipandu suaminya terbabas di tepi jalan Jalan Batu 7 di sini, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan kedua mangsa warga emas 65 tahun dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.
Pegawai Operasi, PBK II Hazmizan Bin Maksit berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 4.42 sementara lokasi kejadian berlaku lapan (8) kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan.

“Kedua-dua mangsa terus dibawa ke Hospital menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 5 petang.

Menurut beliau pasangan itu dalam perjalan dari Tawau ingin menuju ke Sandakan.
Mangsa lelaki, yang juga pemandu kenderaan terbabit, Teo Kok Fah, tidak mengalami kecederaan, namun isterinya, Yap Yann Ni, hanya mengalami cedera ringan.





