UMNO Tidak Hadapi Kesukaran Untuk Kukuhkan Jentera Parti – Bung

UMNO Tidak Hadapi Kesukaran Untuk Kukuhkan Jentera Parti – Bung

0
SHARE
Bung (tengah) bersama Mahdzir (kiri) dan ahli UMNO bahagian Kudat melaungkan kata-kata semangat selepas perasmian mesyuarat tersebut...

PITAS, SABAH – UMNO tidak menghadapi kesukaran untuk memperkukuhkan jentera parti sekiranya semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing.

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata UMNO merupakan sebuah parti yang lengkap strukturnya dari peringkat atasan bahagian sehingga ke peringkat cawangan.

“Jika semua jentera cawangan, Wanita Pemudi, Puteri dan bahagian berfungsi dan dapat melaksanakan tanggunjawab serta peranan masing-masing, parti pasti kukuh khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk mencapai kemenenagan,” katanya ketika berucap di majlis perasmian mesyuarat cawangan berkelompok UMNO Zon Pitas.

Ia melibatkan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pitas dan Bengkoka di Dewan terbuka UMNO Zon Pitas kelmarin.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato Sri Mahdzir Khalid dan turut dihadiri Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan, Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Ariffin, Ketua UMNO Bahagian Kudat Hj Akram Hj Ismail dan Pengerusi Penyelaras UMNO Pitas yang Juga Adun Bengkoka, Harun Durabi.

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, struktur yang sedia ada perlu berfungsi supaya atur gerak kerja mendekati ahli akar umbi dan pengundi dapat membantu masyarakat yang memerlukan.

“Kegiatan UMNO di semua peringkat cawangan, Wanita pemuda Puteri dan bahagian bukan berkala tapi perlu sentiasa berjalan bagi membuktikan kita bukan parti bermusim,” tegas Bung.

Bung menambah apa yang dihadapi oleh Umno ketika ini apabila Pemimpin Umno Datuk Sri Ismail Sabri Yaakub diangkat menjadi Perdana Menteri merupakan “satu rahmat yang Allah berikan kepada seluruh ahli UMNO”.

“PRU ke-14, UMNO sudah diuji dan gagal mempertahankan kerjaaan…Berapa peritnya menjadi pembangkang seharusanya memberikan keinsafan kepada semua pemimpin Umno untuk istiqamah dan meperbaiki kelalaian masa lampau,” katanya.

Menurut Bung, Umno khususnya di Sabah sebelum ini dianggap sudah terkubur dan tidak relevan namun dengan semangat juang tinggi ahli di peringkat akar umbi membuktikan tidak ada satu cawangan atau bahagian di Sabah yang dibubarkan selepas PRU ke-14.

“Ini membuktikan slogan parti dulu kini dan selamanya meresap dijiwa ahli-ahli UMNO,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, Bung mahukan agar mesyuarat cawangan-cawngan di seluruh bahagian berjalan lancar dengan menjadikan mesyuarat sebagai platfrom permuafakatan disamping mengatur strategi untuk menghadapi PRU ke-15 akan datang.