ATB 2 Beri Bantuan Segera Mangsa Bot Terbakar Di Perairan Billean

ATB 2 Beri Bantuan Segera Mangsa Bot Terbakar Di Perairan Billean

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) menerusi Detasmen Bot Sandakan dan Tim Quick Reaction Force (QRF) telah memberikan bantuan segera kepada mangsa bot terbakar di perairan Pulau Billean kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Dalam kejadian tersebut, bot yang dinaiki oleh empat (4) orang warga tempatan tersebut telah terbakar sewaktu menghidupkan pam air dengan menggunakan teknik ‘jump-start’ ketika sedang berlindung di Pulau Billean kerana hujan lebat.

Mangsa mendapatkan bantuan awal daripada pihak ambulans…
Salah seorang mangsa yang dilumuri minyak dalam insiden berkenaan…

Bot yang telah terbakar terpaksa dilepas dan hanyut menuju ke Pulau Tegipil yang terletak berhampiran pulau tersebut.

Hasil maklumat dari salah seorang mangsa terlibat, mereka sedang menaiki bot dari Sandakan menuju ke Kudat untuk urusan perniagaan sangkar ikan.

Walau bagaimanapun, kerana keadaan cuaca iaitu hujan lebat serta mengalami masalah bot, mereka terpaksa berlindung sementara di Jeti Pulau Billean milik Reef Guardian.

“Keempat-empat mangsa bot terbakar tersebut telah dibawa menuju ke Pulau Lankayan oleh bot milik Reef Guardian, sebelum diserahkan kepada Detasmen Bot Sandakan ATB 2 untuk dibawa ke Sandakan menggunakan bot VIPER 7 bagi menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan,” kata jurucakap ATB-2.