RIYADH – Semua kakitangan yang terlibat dalam perniagaan kedai gunting, restoran, kafe dan kedai makanan di negara ini wajib menerima suntikan vaksin COVID-19 jika tidak ingin jalani ujian ‘swab test’ setiap tujuh (7) hari, demikian menurut pihak berkuasa Arab Saudi baru-baru ini.
Pengumuman itu yang berkuatkuasa mulai Mei depan selaras dengan usaha negara itu mengekang penularan COVID-19.
Selain itu, Kementerian Pelancongan Arab Saudi melarang khidmat bufet atau majlis berbuka atau sahur beramai-ramai di restoran atau hotel sepanjang bulan Ramadan ini.
Sebaliknya, makanan bungkus dengan proses pandu lalu digalakkan di Arab Saudi.
Bagaimanapun, pembahagian makanan untuk iftar di Masjidil Haram dibenarkan semula pada Ramadan ini, meskipun permohonan permit diperlukan secara atas talian.
Permit juga diperlukan untuk mengadakan majlis berbuka di sekitar bandar Makkah, termasuk di jalan-jalan rayanya.
Tahun lalu, semua ibadah di Masjidil Haram digantung kerana penularan COVID-19.
Tiada permit umrah bagi jemaah Arab Saudi berusia 70 tahun ke atas meskipun sudah divaksin