KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia kini boleh menarik nafas lega susulan tawaran pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50 peratus (50%) bermula 25 sehingga 11 April 2021 ini.
Bayaran saman boleh dibayar melalui atas talian di laman sesawang https://mybayar.rmp.gov.my/en.
Hasil tinjauan oleh wartawan Sabah News, majoriti rakyat Malaysia memuji keprihatinan Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) kerana menawarkan diskaun bayaran saman sehingga 50 peratus (50%) melalui aplikasi yang baru dilancarkan iaitu My Bayar Saman yang mana ia memudahkan urusan pembayaran saman melalui atas talian (online).
Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga turut mengumumkan bantuan tambahan iaitu pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang bernilai RM20 bilion bagi mengurangkan beban rakyat menghadapi pandemik COVID-19 ketika ini serta membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara.